CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 14, 2010

TRY LAH !!!!!


"Haihaata haihaaata limaa tuu 'aduun" -Surah Mukminun 36-

Dengan melekapkan tapak tangan kanan di dahi, perlahan lahan kaut dan buang ke tepi

Mudah2an segala masalah, kesedihan, kemurungan, kegusaran difikiran akan terhapus

Thursday, September 23, 2010

Wednesday, September 22, 2010

Nilai kasih Ibu


Seorang  anak  mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam

di  dapur  lalu  menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si
anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
  1. Tolong pergi kedai  RM4.00
  2. Tolong jaga adik    RM4.00
  3. Tolong buang sampah RM1.00
  4. Tolong kemas bilik  RM2.00
  5. Tolong siram bunga  RM3.00
  6. Tolong sapu sampah  RM3.00
     Jumlah:             RM17.00
Selesai  membaca,  si  ibu  tersenyum  memandang  si  anak  sambil  sesuatu
berlegar-legar  di  mindanya.  Si  ibu  mencapai  sebatang  pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
  1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
  2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
  3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
  4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
  5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
     Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si  anak  menatap  wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian  si  anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Cinta aku pada si dia


Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…


Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku

Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia

Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah



If I fall in love..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....

Ameen Ya Robb...

 

SARDIN TERATAK IDAMAN......
kini bermulalah lg......kehidupan penghuni2 TERATAK IDAMAN.....arini kteorg msak srdin + telur...itu jer yg mampuuuuu.......bak kta bdk2 ni..xpe lahhh,,jnji leh mkn...emmm blehh lerr...leh ler jmt kann.



TELUR DADAR ANAK  DARA
Haaa.....ni lh tlur special punyerrrr....bes gilerrr....nyummm....nyummm.... bdk2 ni ckap sdap ngaTT...





dinner at TERATAK IDAMAN CAFE

Haa.....ni lah menu kteorg....nmpak jer biasa tp rase nyerrr...hmmmmm bess...lbih lzat dri KFC tau....xcyer gak..acu cuba try test rrrr....

Lawa Tak Lawa


Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: eleh kontrol laa tuu..
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: pemalu agaknya..

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: harap muka ja lawa, tapi perangai hampeh..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: hmmm,org lawa pun de wat jahat..sama jek..

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: nak cari laki hensem jekk..
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: dah jodoh beb..

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: padan muka..
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...cari je la lain,nak wat camne takde jodoh..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: eleh,nak je tu,saja je wat2 taknak..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: bkn taknak bergambar,tp kamera abih bateri..

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk baik nih..
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: alahai,
bagusnya..

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: pompuan kena la pandai masak..
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: kita rasa la
dulu masakan dia,baru nilai..iye tak?

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: ishh gedik sungguh..ingat lawa sangat aku nak heran ke,ntah sapa ntah..lain la makwe aku yg misscall..
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: hmmm,tersilap nombor agaknya..nanti aku gitau dia lah..